Showing posts with label management issues. Show all posts
Showing posts with label management issues. Show all posts

Wednesday, 30 April 2008

The Decent Work Deficit

“Under these circumstances, it is clear that the kind of future people want is one that can deliver opportunities for decent work in a sustainable environment. This is a perfectly normal human aspiration.

The goal of decent work is best expressed through the eyes of people. It is about our job and future prospects; about our working conditions; about balancing work and family life, putting our kids through school or getting them out of child labor.

It is about our personal abilities to compete in the market place, keep up with new technological skills and remain healthy. It is about developing our entrepreneurial skills, about receiving a fair share of the wealth that have helped to create and not being discriminated against; it is about having a voice in our workplace and our community.

In the most extreme situations it is about moving from subsistence to existence. For many, it is the primary route out of poverty. For many more, it is about realizing personal aspirations in their daily existence and about solidarity with others. And everywhere, and for everybody, decent work is about securing human dignity.”


Source from ILO, 89th session, Geneva 2001

Wednesday, 23 April 2008

KEJAYAAN KAMI KEJAYAAN ANDA


Hello blogger semua,

Sejak blog ini ditubuhkan sehingga sekarang, pihak Barisan Bertindak mendapati segala komen dan isu yang dibawa masih belum mendapat perhatian yang sepenuhnya dari pihak pengurusan. Merujuk komen yang telah diberi, rata-rata menggalakkan pihak Barisan untuk bertindak lebih agresif dalam meneruskan perjuangan untuk membela nasib semua pekerja. Namun segala tindakan perlu dikaji dengan teliti sebelum ianya dilaksanakan. Walaubagaimanapun, Barisan Bertindak akan tetap terus mengkritik pihak syarikat terhadap isu semasa.

Sejak kemasukan E.D, kami melihat pelbagai rancangan telah direncanakan bagi membangunkan syarikat. Namun apa yang dilihat kini boleh dikatakan belum satupun dapat direalisasikan beliau. Menurut beliau, dengan lebih 2000 sku’s terjual kini adalah tidak mencukupi untuk mendapatkan margin yang lebih tinggi bagi mencapai keuntungan syarikat. Mungkin, Slurpee dan Gulp sudah tidak lagi releven walaupun ianya merupakan kekuatan syarikat di masa lampau. Dapatkah kopi dan donut dijadikan formula terbaru bagi menjana keuntungan?

Jika ingin mencontohi kejayaan negara seperti Mexico dan U.S dalam penjualan kopi dan donut, analisa pasaran perlu dibuat terlebih dahulu sebelum sebarang perlaksanaan dibuat. Adakah situasinya sama disini? Bagi masyarakat Malaysia, kopi dan donut ini adalah makanan yang boleh dapati di mana-mana warung ataupun dijual di tepi jalan oleh penjual kuih di waktu pagi mahupun petang. Letakkanlah diri anda sebagai pelanggan, adakah anda teringatkan 7 Eleven untuk mencari kopi dan donut? Ataupun anda teringin ke Dunkin’ Donut untuk menikmati pelbagai jenis donut serta suasana yang kondusif, atau ke Warung Wak Leman ( atau mana-mana warung kegemaran anda) untuk kopi serta bermacam kuih-muih yang lebih bajet? Tepuk dada tanya selera…. anda pelanggan.

Alpa di dalam kesibukan, mungkin E.D telah terlupa bahawa kita masih lagi mempunyai kira-kira 900 outlet dan lebih dari 5000 orang pekerja stor yang memerlukan perhatian dari segi pembayaran gaji. Kali kedua tidak sampai dalam berberapa bulan, pihak HR sekali lagi gagal membayar gaji pekerja mengikut masa yang ditetapkan. Apakah impaknya rentetan isu ini? Letakkan diri anda di dalam situasi SM dan FM bagi menjelaskan perkara sebenar kepada pekerja serta ibu bapa mereka.

“Opps… HQ kami mengalami masalah sistem (server down)” ataupun “Maaf.. kami mengalami sedikit masalah teknikal (masalah diskette)..” Dapatkah anda selaku pekerja atau ibu bapa menerima jawapan sedemikian?

Worst case-scenario yang bakal berlaku di stor akan menyebabkan pekerja menjadi sakit hati dan kemudiannya akan ‘mengambil apa sahaja barang’ yang boleh dimakan atau dijual untuk menampung kehidupan mereka sementara menanti gaji. “Apa nak buat? Gaji belum keluar… kami nak makan apa?” Inilah realiti serta jawapan yang seringkali diterima apabila security interview dijalankan. Adakah shrinkage ini hanya bebanan yang dipikul oleh SM dan FM sahaja? HR? ED? Anyone?

Selain pekerja yang mahukan gaji, stor juga mahukan maintainance. Wujudkah lagi jabatan C&M di syarikat ini? Ataupun pihak stor hanya perlu menelefon 1300 13 1300 untuk melaporkan sebarang masalah berkenaan C&M? Walhal apabila sales communication, E.D seringkali bercerita tentang sales, sales & sales. Sedar tidak sedar kita sedang kehilangan sales dan customers akibat isu C&M ini. Who’s fault? SM & FM? Anyone else responsible?

Kesimpulannya, segala permasalahan yang berlaku di dalam syarikat secara langsung akan memberi kesan kepada pekerja di stor. Ianya amatlah menjejaskan dan menambahkan lagi bebanan serta tekanan yang sedia ada. Perlu diingatkan bahawa kami hanya bergaji RM1500 (SM) dan RM2000 (FM). Berbaloikah gaji yang diterima dengan tanggung jawab yang dipikul oleh pekerja stor?

Kejayaan kami adalah kejayaan anda. Namun, kegagalan kami adalah… D.I fikirkan sejenak… tanpa kami semua, siapalah anda?

Tuesday, 25 March 2008

Compensation & Benefit

Dear Top Management,

Kami agak berduka cita dengan cara pihak pengurusan 7 Eleven yang memandang remeh akan isu yang diketengahkan oleh pihak Barisan Bertindak. Kami berharap, segala isu yang diketengahkan dapat diberi perhatian yang sewajarnya serta dipandang dari sudut yang positif. Jika isu ini dapat selesaikan dengan bijaksana, ianya akan dapat memberi faedah secara langsung kepada syarikat dan semua pekerja.

Pihak kami minta isu compensation & benefit diselesaikan segera tanpa sebarang kompromi. Pihak pengurusan seharusnya jelas jika terdapat perbezaan gaji yang ketara, ianya akan mewujudkan perpecahan dikalangan pekerja lama dan baru itu sendiri. Ini kerana pekerja lama sudah memahami segala kemahuan pihak syarikat serta mempunyai pengalaman yang luas di dalam menyelesaikan segala permasalahan berkaitan kerja. Adakah pihak pengurusan mahu melihat kewujudan kelompok pekerja didalam syarikat? Kejayaan sesuatu organisasi ini banyak bergantung kepada kombinasi pekerja lama dan baru. Dengan ini mereka dapat bertukar-tukar fikiran dan berkongsi pengalaman dalam memajukan syarikat serta mewujudkan daya saing yang sihat.

Kegagalan di satu-satu kawasan (area/field) berpunca dari kelemahan pihak pengurusan 7 Eleven sendiri dalam membuat keputusan yang dikira tidak bijak. Seperti yang telah dijelaskan diatas, hanya kelompok tertentu sahaja diberi kepercayaan untuk menjaga kawasan yang dianggap berprofil tinggi dan akhirnya… GAGAL! Bagi menutup kelemahan, pihak pengurusan terpaksa menggunakan khidmat kepakaran pekerja lama kembali untuk menyelesaikan segala permasalahan. FYI.. Perkara ini bukanlah kali pertama berlaku di dalam 7 Eleven.

Diharap pihak pengurusan tidak berdolak-dalik dengan isu gaji ini serta dapat menjelaskan situasi sebenar kepada semua pekerja. Pihak barisan bertindak yakin, jika permintaan kami dipenuhi, nescaya produktiviti serta keharmonian organisasi akan menjadi yang terbaik didalam sejarah 7Eleven.


"There is no fixed style of leadership to get things done. Leadership styles must suit the demands of the situation and bosses should be able to change their approach when required. Remember, the way you achieve your results as a leader not just by what you do, but rather by what your people do. Every action you take must demonstrate your ethical values. Your team members will take the cue from you, even if you don't think they are watching you." - Barisan Bertindak

Friday, 14 March 2008

Surat kepada Management

To:
ALL STAFF

Per: Ketidakadilan Layanan Terhadap Pekerja

Merujuk kepada perkara diatas, kami merupakan wakil Barisan Bertindak ingin membela semua nasib pekerja 7 Eleven Malaysia. Ini bertujuan untuk ‘membuka mata’ pihak pengurusan tertinggi yang tidak peka dengan kebajikan para pekerja 7 Eleven.

Isu yang kami ingin ketengahkan ini adalah isu yang lama berpanjangan yang tiada formula penyelesaiannya oleh pihak pengurusan tertinggi 7 Eleven. Isu yang hangat di perkatakan adalah pembuangan serta hukuman yang dikenakan terhadap pekerja adalah tidak adil serta tidak mengikut Akta Perhubungan Perusahaan 1967 bahagian IV seksyen 13(3). Kebanyakan pekerja yang diambil tindakan keras ini merupakan pekerja yang telah lama berkhidmat serta mempunyai rekod yang cemerlang sebelum ini. Mereka yang digelar ‘kambing hitam’ ini telah menjadi mangsa pihak pengurusan tertinggi bagi menutup segala konflik dalaman. Isu ini dilihat menjadi satu budaya dan trend di dalam 7 Eleven yang tidak menggambarkan profesionalisme pihak pengurusan. Kebanyakan isu ini berlaku adalah disebabkan kelemahan pihak pengurusan sendiri. Job description yang tidak jelas merupakan faktor utama pekerja ini teraniaya seterusnya dipaksa berhenti secara sukarela, diberhentikan serta diturunkan pangkat. Selain itu, ramai juga yang ‘dikorbankan’ akibat shortage yang tinggi. Adakah pekerja sedia ada ingin mengambil sikap tunggu dan lihat sebelum ‘terkena batang hidung sendiri’? Kestabilan kerja (job security) harus diambil perhatian serta tindakan tatatertib yang adil serta profesional harus diamalkan.

Isu gaji dan imbuhan juga menjadi topik hangat yang menjadi perbualan diantara semua para pekerja sejak kemasukan beramai-ramai ‘pekerja baru’ yang merupakan salah seorang kroni pihak pengurusan tertinggi 7 Eleven Malaysia. Kehadiran mereka adalah dialu-alukan oleh pihak kami, tetapi apa yang kami ingin utarakan ini adalah perbezaan yang ketara dari segi gaji dan imbuhan antara pekerja lama dan baru. Apakah faktor penyumbang yang membezakan gaji dan imbuhan diantara pekerja lama dan baru? Sedangkan tugas serta tanggungjawab yang diberi adalah sama!. Malah pengalaman serta sumbangan pekerja yang sedia ada tidak langsung diberi pengiktirafan dan penghargaan. Ketidakseimbangan gaji dan imbuhan secara langsung mewujudkan double standard di dalam 7 Eleven oleh pihak pengurusan. Adakah situasi ini memang disengajakan untuk ‘membasmi’ pekerja lama? Jika tidak, mengapa tiada penyelarasan gaji bagi pekerja sedia ada?

Selain itu, pekerja sedia ada juga dipindahkan lokasi (transferred) secara paksaan bagi memberi ruang kepada ‘pekerja pilihan’ kroni tersebut. Ini merupakan beban kepada mereka yang tinggal jauh ke tempat kerja. Perpindahan ini bukan disebabkan oleh faktor pencapaian (performance) yang buruk. Malah mereka ini telah menunjukkan pencapaian yang konsisten selama berkhidmat di sesuatu kawasan tersebut. Malah tiada alasan yang konkrit diberikan kepada mereka ini Perkara ini tidak harus dipandang ringan kerana ini melibatkan kebajikan pekerja serta tanggungjawab terhadap keluarga dan kerja.

Diharap isu yang diketengahkan ini dapat diambil tindakan yang sewajarnya. Isu kronisme yang ekstrim serta ketidakadilan layanan terhadap pekerja adalah isu yang sensitive dan perlu diambil perhatian segera!