Wednesday, 23 April 2008

KEJAYAAN KAMI KEJAYAAN ANDA


Hello blogger semua,

Sejak blog ini ditubuhkan sehingga sekarang, pihak Barisan Bertindak mendapati segala komen dan isu yang dibawa masih belum mendapat perhatian yang sepenuhnya dari pihak pengurusan. Merujuk komen yang telah diberi, rata-rata menggalakkan pihak Barisan untuk bertindak lebih agresif dalam meneruskan perjuangan untuk membela nasib semua pekerja. Namun segala tindakan perlu dikaji dengan teliti sebelum ianya dilaksanakan. Walaubagaimanapun, Barisan Bertindak akan tetap terus mengkritik pihak syarikat terhadap isu semasa.

Sejak kemasukan E.D, kami melihat pelbagai rancangan telah direncanakan bagi membangunkan syarikat. Namun apa yang dilihat kini boleh dikatakan belum satupun dapat direalisasikan beliau. Menurut beliau, dengan lebih 2000 sku’s terjual kini adalah tidak mencukupi untuk mendapatkan margin yang lebih tinggi bagi mencapai keuntungan syarikat. Mungkin, Slurpee dan Gulp sudah tidak lagi releven walaupun ianya merupakan kekuatan syarikat di masa lampau. Dapatkah kopi dan donut dijadikan formula terbaru bagi menjana keuntungan?

Jika ingin mencontohi kejayaan negara seperti Mexico dan U.S dalam penjualan kopi dan donut, analisa pasaran perlu dibuat terlebih dahulu sebelum sebarang perlaksanaan dibuat. Adakah situasinya sama disini? Bagi masyarakat Malaysia, kopi dan donut ini adalah makanan yang boleh dapati di mana-mana warung ataupun dijual di tepi jalan oleh penjual kuih di waktu pagi mahupun petang. Letakkanlah diri anda sebagai pelanggan, adakah anda teringatkan 7 Eleven untuk mencari kopi dan donut? Ataupun anda teringin ke Dunkin’ Donut untuk menikmati pelbagai jenis donut serta suasana yang kondusif, atau ke Warung Wak Leman ( atau mana-mana warung kegemaran anda) untuk kopi serta bermacam kuih-muih yang lebih bajet? Tepuk dada tanya selera…. anda pelanggan.

Alpa di dalam kesibukan, mungkin E.D telah terlupa bahawa kita masih lagi mempunyai kira-kira 900 outlet dan lebih dari 5000 orang pekerja stor yang memerlukan perhatian dari segi pembayaran gaji. Kali kedua tidak sampai dalam berberapa bulan, pihak HR sekali lagi gagal membayar gaji pekerja mengikut masa yang ditetapkan. Apakah impaknya rentetan isu ini? Letakkan diri anda di dalam situasi SM dan FM bagi menjelaskan perkara sebenar kepada pekerja serta ibu bapa mereka.

“Opps… HQ kami mengalami masalah sistem (server down)” ataupun “Maaf.. kami mengalami sedikit masalah teknikal (masalah diskette)..” Dapatkah anda selaku pekerja atau ibu bapa menerima jawapan sedemikian?

Worst case-scenario yang bakal berlaku di stor akan menyebabkan pekerja menjadi sakit hati dan kemudiannya akan ‘mengambil apa sahaja barang’ yang boleh dimakan atau dijual untuk menampung kehidupan mereka sementara menanti gaji. “Apa nak buat? Gaji belum keluar… kami nak makan apa?” Inilah realiti serta jawapan yang seringkali diterima apabila security interview dijalankan. Adakah shrinkage ini hanya bebanan yang dipikul oleh SM dan FM sahaja? HR? ED? Anyone?

Selain pekerja yang mahukan gaji, stor juga mahukan maintainance. Wujudkah lagi jabatan C&M di syarikat ini? Ataupun pihak stor hanya perlu menelefon 1300 13 1300 untuk melaporkan sebarang masalah berkenaan C&M? Walhal apabila sales communication, E.D seringkali bercerita tentang sales, sales & sales. Sedar tidak sedar kita sedang kehilangan sales dan customers akibat isu C&M ini. Who’s fault? SM & FM? Anyone else responsible?

Kesimpulannya, segala permasalahan yang berlaku di dalam syarikat secara langsung akan memberi kesan kepada pekerja di stor. Ianya amatlah menjejaskan dan menambahkan lagi bebanan serta tekanan yang sedia ada. Perlu diingatkan bahawa kami hanya bergaji RM1500 (SM) dan RM2000 (FM). Berbaloikah gaji yang diterima dengan tanggung jawab yang dipikul oleh pekerja stor?

Kejayaan kami adalah kejayaan anda. Namun, kegagalan kami adalah… D.I fikirkan sejenak… tanpa kami semua, siapalah anda?

20 comments:

ANTIBODEK said...

salam..ni aku setuju sgt2..C&M masih lg wujud,cuma yg tinggal kaki2 ampu yg yg tak guna..semua T.A2 korang dh takde,semuanya jd kontraktor yg hanya pentingkan duit store shj..korang sume jgn risau,satu masa nnt,kerugian 7Eleven akan bertambah lg banyk hasil dr barua2 burger dan barua2 melayu mata duitan yg masih tinggal di C&M..tahniah utk 7Eleven..

HentamSajaLah said...

1300 13 1300? C&M ke Mcdelivery? :P

kak ramlah ram said...

Pada pendapat akak.. semua tentang artikel ni benar belaka ! isu isu yang dibawa perlu diambil perhatian yang serius you. Akak punya saranan to pihak management... jawab! jangan tak jawab! ewah.. ewah.. jawab! jangan tak jawab! oh oh.. em em.. melatah lah akak..

lagi satu.. pihak management pun boleh bukak blog what? ataupun boleh komen ape dalam blog ni... belambak budak IT kat office tu akak tgk takde keje nak buat.. melepak je! email budak bongok (a&p) bagi tu pun tak berbuang lagi. Opps! sorry.. jgn marah kat you.. laser mulut akak plak.. entah ape nak jadi ntah kat company ni!! kesian you

akak ni komen bukan nye ape..sebab akak sayang & suka keje kat company ni you. (tapi kekadang nyesal gak rasanya..) bukan sebab benci... you!!kalau benci dah lama akak pegi keje kat company lain kan... Sampai jumpa lagi dalam rancangan akak.. BYE!!!!!!!

Anonymous said...

Kalau dulu aku tgk OM memang berpengaruh besar dan boleh merubah syarikat ni. Kalau dengar OM nak round stor.. fuhh!! Nak terkencing aku dibuatnya… apa lagi lepas tu, aku pun tawaf stor aku.. cari segala point dan betulkan segalanya sebelum aku di PINPOINT! Kalau dia terdatang je OM kat stor aku.. ready aku dengan nota kecil untuk mencatat segala kelemahan yang perlu diperbaiki. Mesti ada yang dia tegur punya… SM macam aku tak perfect dan aku perlu teguran yang positif!

Dengan attitude aku yang positif serta performance stor yang consistently bagus, (bukan BODEK tau) tak sampai 2 tahun aku keje…aku dinaikkan pangkat menjadi FM! Gaji pun korang semua pun tahu lah ok je naiknye tak sampai 0.5k. Jadi FM memang best. Banyak aku belajar. Tapi yang aku tak belajar adalah cara nak bodek! Cara aku nak bodek bos aku ialah dengan cara tunjuk pencapaian yang bagus! Tapi kekadang..aku tak tahan tgk orang lain main politik dan suka bodek. OM mana yang tak suka di bodek betul tak !!

Selepas itu, datanglah lagi OM yang baru dan bermacam jenis OM dari bermacam jenis syarikat. Dan aku juga berkesempatan bekerja dengan OM baru ni skang. Kononnye OM baru ni banyak pengalaman. Tapi aku tengok pengalaman taik kucing adalah!

Bukannye apa.. aku geram sekarang ni OM banyak lepas tangan.. dan tak memahami situasi aku dan orang bawahan aku serta keadaan stor. Maklumlah terus terus je naik OM. Kalau dulu… apepun terjadi.. OM tetap backing anak buah dia. Fight!! Tapi sekarang OM pun bodek kuat!! Nak jaga performance supaya boleh naik SOM… boleh dapat gaji besar n kete free. Apa yang aku dapat setelah berkhidmat untuk dia ni? Performance aku reflect dia punya performance gak.... Nak promote aku jadi SFM pun dia takut?? Kerja kuat dan perform pun aku naik gaji $100 je setahun!!! Sama je macam kawan aku yang tak perform!!

Sekarang OM pun dah jadi macam AM … tetapi bezanya bergaji besar sahaja. OM pun sekarang ni ikut je kata management… takut nak buat pembaharuan! Bukannya good problem solver.. asyik nak cari cara mudah nak selesaikan masalah! Lepas tu suruh FM pulak yang handle! Lepas tu… kalau salah je apa apa… aku gak kene BONGOK!!! Barua punya OM.. sekolah tinggi.. tapi ADAB takde.

OM sekarang aku tengok tak professional lansung! Masalah stor pun tak sampai ke peringkat pengurusan… sikit sikit nak show cause la warning letter laa macam macam.. Dari bulan 1 sampai bulan 11 audit dan sales cantek!! Bulan 12 audit plak 2 stor audit meletup!!! bukan nak support ke ape.. kene maki aku di buatnya.. performance aku yang bagus sepanjang 11 bulan bukannye dia ingat!! CILAKA betul OM ni!!! Tu lah adat keje seleven.

Dengan ada blog ni dapat juga meluahkan perasaan dari jiwa yang kacau ni… fuh!! Lega gile setelah aku luahkan perasaan aku ini.. lepas ni boleh tido nyenyak!!! Terima kasih barisanbertindak!!

Anonymous said...

aku pon setuju lah dgn ko di atas.. OM skang ni lemah! penakut! kuat bodek! lebih lebih semua nak naik SOM ni. pikir periuk nasi dia jer. periuk nasi kita tak di endah langsung. kite kerja kuat untuk ape? supaya dorang ni boleh naik SOM ke... or supaya kite orang ni boleh naik gaji dan better bonus?? kalau setakat bonus dapat separuh je apa hat? Store profit.. odit cantik ... apa lagi nak?? Fm aku pon aku tgk dia dah tak berapa betul dah... keje kuat supaya OM dapat naik kot!! kesian laa skit kat kite orang ni.. gaji mcm tu aje.. beban dan tanggung jwab bertambah tambah.. ingat laa ... sampai bila kite orang ni akan bertahan... bagi gaji SM MCd mengalahkan FM aku.. pergh.. macam tak caya je aku keje kat kompeni ni.. kalau takde ape ape dalam masa terdekat ni...kene bukak jobstreet balik la mcm ni.. update resume yang dah berkarat ..

org lamo said...

betul tu..

den setuju sangat. eden pon tgk OM den mcm tak kesah ajo masalah FM and SM ni. lagi pon den raso OM sekarang ni tgk nak tunjuk bagus..

Den perati... OM tengok FM and SM ni mcm org tak sekolah ajo.. bilo ado masalah .. lopeh tangan.. den setuju sgt dongan barisan bertindak.. kalau ekau jadi OM den pon tak po la.. janji ekau jago kebajikan den ngan anak buah den.. untuk balas jaso ekau.. den bagi ekau odit cantek.. ok tak?

ohtai said...

hola...
my question is pihak management dengar ke suara blogger ini?
apakah tindakan mereka? repot polis? utk apa?

selaraskan lah gaji mereka-mereka yang sepatutnya dapat, kerja makin banyak, selepas ini dengar-dengar SM kena buat NETP pula, keja gila hapa? Operation site diam je? follow je? OPS buat sales, kawal stock, manage product ,customer and staff, memanglah relevan buat NETP untuk staff sendiri ke? kalau staff sendiri ok lah, baik buruk train kena balik kat SM nanti.. tapi itukan semacam additional job utk SM, kesian SM SM semua, alamat tak dating lah korang, nak siapkan paperwork lagi, memang lah ada backup management MT & AsM, persoalannya cukup kah 3 manager per stor? if sales lebih 120K sebulan dengan 2 org MANAGER, nak prepare order,receiving, cleanliness, staff customer services, stocktake, SEPP, NETP, lepas ini SM tukar lampu stor (TA), pastu postmix tranning, pastu apa lagi lah nak kasi, kasilah, i rasa SM boleh buat, kita OPERATION boleh buat punya...
OK bila semua sudah buat dan berjalan dengan lancar, dan terbukti SM-SM boleh dan mampu buat itu semua, persoalannya.. adakah gaji kami semua akan di nilai semula? stocktake semula adalah... Saya yakin SM-SM dan FM-FM pasti akan tempuhi segala arahan dan perkara pihak management dengan baik walaupun agak sukar untuk menerima hakikat, kerja makin banyak sepatutnya kenaikkan gaji harus dijalan kan..
WE GIVE U WHAT U WANT, U GIVE US WHAT WE WANT, give and take lor

Anonymous said...

Udah ler oiii.. dah lebih sebulan blog ni muncul..sorang pun tak nak muncul jadi hero..setakat hero blog buat ape..pikir2 kan lah.

Labour Day said...

ada blog boleh luahkan perasaan .... tak lah terbuku di hati ni.. kalau pendam boleh sakit tau tak?? dengan gaji macam ni.. dengan kerje macam ni.. bangla pun gila tau!! kalau nak harapkan kau diatas.. makan hasil lendir je buat ape? kalau tak menyumbang pun.. sekurang kurangnya support lah blog ni! ini tak .. nak tau kondem je.. dengan ada blog ni tau jugak aku perasaan orang lain.. aku ingat aku sorang je tertekan, tapi ada jugak orang lain macam aku..

harap semua sahabat SM & FM kuatkan lah semangat!! jangan putus asa dalam memperjuangkan hak hak pekerja semua... SELAMAT HARI PEKERJA

Anonymous said...

kak ramlah ram,lain kali nak cakap tu berlapik lah sikit ,kata budak it x de keje abis tu kalau email problem sapa yg buat akak ke yang buat,asyik nak blame it je

3Ks said...

Ngape setiap komen mengenai orang kuat bodek LPD mesti kena gum...Entah entah Nelson 3K - Keling Kelam Kabut ..ni yang ada share kat blog nie... Bodek boss sendiri serta kutuk boss sendiri di blog..talam dua muka budak ketchup hitam ni...

Feng Shui said...

Chinese saying say :

If you see a snake and an India man coiming to you ,,,who do you get rid off first..snake or india man ?

kak ramlah ram said...

akak ni bukan nak marah kat budak IT.. cume akak harap u all tolong laa kat budak barisan ni.. bagi support skit you.. akak pun paham perasaan korang.. tapi korang macam tak support je akak tgk.. ini yang buat akak konpius skit..

akak ada satu berita panas you!! ni yang akak dengar sampai terngigau dek bayangan budak hitam ni haa.. ops.. sape ek budak itam ni? ergh.. sebut je budak hitam.. akak mesti terbayang muka yang ada misai.. n suka pakai baju gelap.. akak tak nak sebut.. harap korang tau laa sape budak itam ni yek..

ni ha.. berita panas!!! akak dengar budak itam ni kene heret pi balai sebab satu kes yang mana ini adalah kes die sendiri laaa... tak paham gak??

ok.. budak hitam ni buat security interview biasa laa... LPD la kata kan?? dia ni guna old school punya stail.. siap ugut2 siap upah org laa belagak polis call dia konon... dan nak tunjuk bagus lagi.. dia suruh laa SM ni mengaku!!! pergh.. budak ni educated akak dgr.. pastu budak ni pulak buat repot polis n charge dia ... ops.. kan dah kantoi!!!

lain nanti akak sambung ok.. laki akak dah panggil ni haa... ops!

DSX_Integra said...

apa nak buat diorang tau salahkan sales and operation sedangkan tak tau kita ni duk ker 24 jam standby walaupun dikala berbulan madu...

audit audit dulu kata bila audit ok bawah 1% audit akan datang lepas 3 bulan from last audit, ni tiap2 bulan audit rasa baru smlm tlg stor lain wat audit.

kalau stor kecik xpe le ni mcm stor gue 24oo kaki persegi.. adesh leteyh

staff turnover tinggi bila bincang kata letak je notis ambil pekerja sudah..

bila suggest increment dan lain2 kilasan di buat amat mantap nak tunggu 918 stor profit sampai abad bile??

Anonymous said...

apa lah korang ni. Tak suka keje, blah le. Masa interbiu dulu sikit punya manis mulut korang kata itew boleh,ini boleh. gaji ciput tak kisah. tapi bila dah diberi feluang, banyak mulut plak. inilah pekerja. Patut le syarikat lain berebut amik pekerja asing. Nasib baiklah aku tak pernah join syarikat felik ini. Mencik!!

Anonymous said...

tak tau lak aku jadi mcm ni nenek oi!! kalau ku tahu nasib ku begini.. bagi ku keje kat restoren beger!!.. tak pandai buat keje tak pe.. janji pandai ampu... ye dak?? kalau tak caya tanya bebudak beger..

antibodek said...

pegilaa pejabat buruh..tnya pendapat cmne nk tubuhkan union...lantiklaa ketua sorang,g jmpa pejabat buruh..tnya cmne nk wat union..baru laa best keje akalu ader union..

Anonymous said...

aku dah lame tak buka blog nie sibuk dgn keje..
ok area tmpt aku ade elaun skit...
so nie yg jadi masalah biasa lah x ada staff jew yg lain semua ok.harap yg lain kerja elok2 k...
budak2 hq pon ok ngn aku...
aku tahu byk gak citerr terkini tapi diam sudah tak nk kutuk2 org nie dosa...

Fakaruleo Asael Azimovich said...

saya bru sja bekerja sambilan di 7e..walaupun bekerja cuma sekadar cari pengalaman dan isi masa lapang..tapi jujur saya katakan pengurusan 7 eleven sangat rapuh dan manipulasi staff..gaji ciput suh wat keje mcm2....

Anonymous said...

gaji perkerja 7e tak dibayar walaupon sampai letak jawatan.. teruk 2