Tuesday 25 March 2008

Compensation & Benefit

Dear Top Management,

Kami agak berduka cita dengan cara pihak pengurusan 7 Eleven yang memandang remeh akan isu yang diketengahkan oleh pihak Barisan Bertindak. Kami berharap, segala isu yang diketengahkan dapat diberi perhatian yang sewajarnya serta dipandang dari sudut yang positif. Jika isu ini dapat selesaikan dengan bijaksana, ianya akan dapat memberi faedah secara langsung kepada syarikat dan semua pekerja.

Pihak kami minta isu compensation & benefit diselesaikan segera tanpa sebarang kompromi. Pihak pengurusan seharusnya jelas jika terdapat perbezaan gaji yang ketara, ianya akan mewujudkan perpecahan dikalangan pekerja lama dan baru itu sendiri. Ini kerana pekerja lama sudah memahami segala kemahuan pihak syarikat serta mempunyai pengalaman yang luas di dalam menyelesaikan segala permasalahan berkaitan kerja. Adakah pihak pengurusan mahu melihat kewujudan kelompok pekerja didalam syarikat? Kejayaan sesuatu organisasi ini banyak bergantung kepada kombinasi pekerja lama dan baru. Dengan ini mereka dapat bertukar-tukar fikiran dan berkongsi pengalaman dalam memajukan syarikat serta mewujudkan daya saing yang sihat.

Kegagalan di satu-satu kawasan (area/field) berpunca dari kelemahan pihak pengurusan 7 Eleven sendiri dalam membuat keputusan yang dikira tidak bijak. Seperti yang telah dijelaskan diatas, hanya kelompok tertentu sahaja diberi kepercayaan untuk menjaga kawasan yang dianggap berprofil tinggi dan akhirnya… GAGAL! Bagi menutup kelemahan, pihak pengurusan terpaksa menggunakan khidmat kepakaran pekerja lama kembali untuk menyelesaikan segala permasalahan. FYI.. Perkara ini bukanlah kali pertama berlaku di dalam 7 Eleven.

Diharap pihak pengurusan tidak berdolak-dalik dengan isu gaji ini serta dapat menjelaskan situasi sebenar kepada semua pekerja. Pihak barisan bertindak yakin, jika permintaan kami dipenuhi, nescaya produktiviti serta keharmonian organisasi akan menjadi yang terbaik didalam sejarah 7Eleven.


"There is no fixed style of leadership to get things done. Leadership styles must suit the demands of the situation and bosses should be able to change their approach when required. Remember, the way you achieve your results as a leader not just by what you do, but rather by what your people do. Every action you take must demonstrate your ethical values. Your team members will take the cue from you, even if you don't think they are watching you." - Barisan Bertindak

5 comments:

Anonymous said...

Salute founder..

Once again a bold opinion from you. From your bird eye view, i can see that you are true leader and have vision for 7 eleven.. management like this should be criticized. They should not treat most staff like rubbish. Hope you have a great success in fighting such a discrimination.

Advise to management -
without your staffs... WHO ARE YOU!??

Anonymous said...

Another salute for the founder.

Yes i do agree that the top management should look into these matters seriously not until the last minutes. 7E are already famous as most notorious company at the Labour Court including at IR. Do you have to wait until Karam Singh Walia make a famous gestures of his in Buletin TV3?.

Between 7E and McD are totally different type of business, nor the internal control are the same. The problem here are not about the employees but the system itself. Rectify your system first (NEC,CDC,HR and other related departments). Train your staffs and employees. Give them a clear picture of what are the companies goals and missions. Treat your employees fairly. I was really surprised when I went to the 7E Regional Offices. My apek friend kopitiam is much much more better from what I saw.
Invest properly on important things .Remember, 7E is not a fast food retailer, it's a convenience store which are selling many type of products.I don't see a reason why McD people should have more salary than the existing staff.

Anonymous said...

erm.. isu gaji ni aku percaya pihak management akan buat tak tau je.. kalau naik seratus sorang.. bayangkan RM?k sebulan 7e rugi?

Anonymous said...

Dekat 7E ramai orang gila pangkat..dan kuat bodek..gok je dept LPD tu...memang kuat ampu..lapan horse power tu..N 3k lah..

Anonymous said...

Aku rasa … company patut bagi gaji SM&FM naik. Kalau nak ikut.. banyak duit company dibazirkan keatas benda benda yang tak patut! Kalau bagi gaji naik… odit tak lah berbukah bukah macam sekarang… lagi pun aku rasa sekarang ni company makin bertambah-tambah masalah! ED baru ni pun bukan nya nak selesaikan masalah yang sedia ada…. Menambahkan masalah adelah.. bawak orang dia yang tak guna… pastu bagi gaji lebih RM1000 dari kita orang.. lepas tu orang dia (OM) nak pegi merchandising lak.. Aku ingat orang dari McD ni memang suka lari dari masalah lah!!